View Kemahiran Belajar and other presentations by syawalni97.
Coretan Bakal Pendidik
Diharapkan diri ini ikhlas dalam mendidik anak bangsa . ~ TcerQowiy
Tuesday, 15 September 2015
Sunday, 13 September 2015
TEKNIK MEMBACA BERKESAN
A) KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS
SKIMMING: membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam membaca sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum. Dalam membaca sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.
SCANNING: Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan. Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.
B) KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS
SQ4R: Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan. Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961). Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar. Langkah-langkah penggunaan SQ4R:
| SQR
R
R
R
| SURVEYQUESTIONREAD
REFLECT
RECITE
REVIEW
| Skim bahan bacaan. Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca. Gunakan soalan sebagai panduan.
Fikirkan apa yang dibaca. Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui.
Jawab soalan. Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk.
Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.
|
Survey (Tinjauan): Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan. Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.
Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca. Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.
Read (Baca): Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif. Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina. Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.
Reflect (Refleksi): Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).
Recite (Mengimbas kembali): Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.
Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda. Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk. Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.
KWLH: Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:
K (know) – Apa yang telah diketahui
W (want) – Apa yang ingin diketahui
L (learned) – Apa yang didapati selepas membaca
H (how) – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.
Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i) peluang membaca secara kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara- perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.
Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH
1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat jangkaan isi bahan itu.
2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.
3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.
4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.
KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
1. Meningkatkan daya belajar dan intelek.
2. Memupuk disiplin pelajar.
3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
4. Meningkatkan daya ingatan.
5. Pengurusan masa yang berkesan.
6. Memantapkan pembelajaran individu.
7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
9. Meningkatkan pencapaiaan individu.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
1. Meningkatkan daya belajar dan intelek.
2. Memupuk disiplin pelajar.
3. Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.
4. Meningkatkan daya ingatan.
5. Pengurusan masa yang berkesan.
6. Memantapkan pembelajaran individu.
7. Mencapai cita-cita dan matlamat diri.
8. Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.
9. Meningkatkan pencapaiaan individu.
Saturday, 12 September 2015
REFLEKTIF
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya
merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus GKB 1053 ini dengan
penuh jayanya. Tugasan ini merupakan tugasan pertama yang saya lakukan
sepanjang saya berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Melaka. Namun, saya akui dengan jujur bahawa
proses menyiapkan tugasan ini bukanlah semudah yang disangka.Terima
kasih diucapkan kepada pensyarah saya iaitu En. Ariff Fadillah Khalil, AAP
kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
kepada kawan saya yang banyak membantu dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai
mata pelajaran ini.
Memandangkan ini
merupakan pengalaman pertama dalam menyiapkan tugasan, banyak perkara yang
menjadi cabaran dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Antaranya adalah masalah
untuk menyesuaikan diri dalam proses melaksanakan kerja kursus Tetapi, saya
berusaha untuk merujuk pensyarah bimbingan saya dan alhamdulillah saya telah
mendapat gambaran awal untuk melakukan tugasan ini.
Pelajar sendiri perlu
mencari bahan, mengolah bahan, menyediakan dengan baik seterusnya menghantar
output yang sempurna kepada pensyarah untuk disemak. Berbeza sewaktu di bangku
persekolahan dahulu, guru yang banyak memberi bahan kepada murid-murid, namun
berbeza ceritanya di sini.
Melalui kerja kursus
ini, saya telah didedahkan dengan aspek penggunaan ICT. Hal ini kerana, tugasan
ini memerlukan saya untuk menghasilkan satu blog dan berkongsi bahan-bahan
pembelajaran. Selain itu, saya juga baharu
sahaja mengetahui yang mana aspek ICT mempunyai cabang yang cukup besar.
Contohnya aplikasi dalam komputer yang cukup banyak dalam memudahkan kerja saya
sebagai pelajar IPG yang memerlukan kemahiran menggunakan alatan elektronik
seperti komputer dengan cekap.
Namun, secara jujurnya saya akui, dalam proses melaksanakan
kerja kursus ini saya menghadapi banyak cabaran dan dugaan. Antaranya ialah aspek
pengurusan masa. Hal ini kerana, waktu kuliah habis pada lewat petang
menyebabkan keletihan melanda. Oleh itu, waktu yang ada hanyalah pada waktu
malam. Namun, sebagai pelajar IPG, saya bukan hanya mempunyai satu kerja kursus
untuk dsiapkan. Ditambah pula dengan pelbagai pembentangan yang perlu dilakukan
dengan tugasan lain, kekangan masa menjadi perencat perjalanan saya menyiapkan
kerja kursus ini. Oleh itu, saya telah mengambil jalan penyelesaian dengan
merangka jadual belajar dalam membantu saya membahagikan masa dengan seoptimum
mungkin.
Saya juga
mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dengan format tugasan. Hal ini
demikian kerana, membuat kerja kursus pada tahap sekolah menengah dahulu tidak
sama dengan membuat kerja kursus di peringkat IPG. Hal ini memandangkan kerja
kursus di peringkat IPG merupakan satu kerja kursus yang perlu dilakukan dengan
mengutamakan aspek ilmiah dalam hasil tugasan tersebut.
Masalah teknikal seperti kerosakan laptop
pada saat-saat melaksanakan kerja kursus juga sukar diramal. Oleh itu, sebelum
berlakunya kejadian seperti itu, saya telah membuat fail back up untuk
mengelakkan masalah yang tidak diundang seperti laptop tidak dapat berfungsi
dengan baik dan menyebabkan kehilangan fail yang penting tidak terjadi.
Tuntasnya, pelbagai kelebihan dan
kelemahan yang ditemui dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sehubungan
dengan itu, kelebihan yang diperolehi itu hendaklah dijadikan amalan manakala
kelemahan pula seharusnya dijadikan pengajaran dan sempadan kepada diri saya
kelak. Saya
berasa sangat bersyukur dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan selengkapnya
dan menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan ini juga sememangnya
satu tugasan yang baik kerana dapat mendedahkan diri saya kepada aspek ICT yang
ramai masyarakat fikir ianya satu perkara yang leceh dan merumitkan dalam
kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)